Home  >  News  >  Press Release  >  2020  >  AEON RETAIL MALAYSIA TEKAD MEMBANTU

AEON RETAIL MALAYSIA TEKAD MEMBANTU MEREKA YANG KEHILANGAN PEKERJAAN MELALUI KEMPEN ‘BERKAT RAMADAN – AEON BERSAMAMU’

Kempen membeli sambil menderma ini menyasarkan jualan ayam sebanyak 1 juta ekor dan RM1 daripada jualan setiap ekor ayam di semua rangkaian outlet AEON di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan akan didermakan kepada tabung kebajikan Yayasan AEON Malaysia (MAF).


Kuala Lumpur, 22 April 2020 AEON Retail Malaysia akan melancarkan Kempen Berkat Ramadan – AEON Bersamamu bermula 23 April sehingga 24 Mei 2020 bertujuan untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19. AEON menyasarkan sebahagian daripada kutipan jualan ayam sepanjang bulan Ramadan ini untuk tabung kebajikan Yayasan AEON Malaysia. Tabung ini akan digunakan untuk membeli motosikal yang akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka akan diambil bekerja sebagai penghantar barangan (Delivery Rider) di premis-premis AEON di seluruh negara. Motosikal tersebut akan menjadi milik mereka sepenuhnya setelah setahun perkhidmatan tertakluk kepada terma dan syarat pihak syarikat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AEON Co (M) Berhad, Shafie Shamsuddin, “Wabak COVID-19 mengubah kehidupan penduduk dunia secara mendadak menyebabkan banyak syarikat terkesan dan ramai orang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba. Menyedari perkara ini, AEON Retail Malaysia terpanggil untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan menerusi kempen Berkat Ramadan – AEON Bersamamu, di mana RM1 daripada setiap ekor ayam yang terjual di rangkaian pasaraya AEON di seluruh negara akan didermakan kepada Yayasan AEON Malaysia untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Kami menyasarkan jualan 1 juta ekor ayam dan sebagai tanda komitmen AEON Retail Malaysia, kami akan meletakkan RM100 ribu sebagai dana permulaan untuk tabung kebajikan Yayasan AEON Malaysia”.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), sebanyak 46.6% orang yang bekerja sendiri telah atau akan kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19. Majoriti mereka merupakan pekerja yang terlibat di dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.

“AEON Retail Malaysia akan bekerjasama bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan PERKESO bagi memastikan mereka yang terpilih sebagai penghantar barangan AEON mendapat latihan yang baik dan perlindungan yang mereka perlukan sebelum memulakan tugas, selain itu, kami juga bercadang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi dan penaja yang lain untuk menjaya dan merealisasikan hasrat murni ini”, kata Shafie.

AEON Retail Malaysia berharap inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas dengan menjana sumber pendapatan di samping mengambil keberkatan bulan Ramadan.

-Tamat-


About AEON RETAIL (MALAYSIA)

AEON Retail consists of two retails players namely AEON CO. (M) BHD. and AEON BIG (M) SDN BHD.

AEON CO. (M) BHD. is a leading General Merchandise Stores (GMS) cum Supermarket chain in Malaysia, with 28 AEON MALLs, 34 AEON Outlets, 9 MaxValu Prime Supermarkets across the country. In the spirit of the name AEON, which means eternity in Latin, AEON’s goal is to work together endlessly with its customers, suppliers, business partners, shareholders and the community to create a future of limitless promises. Incorporated in 1984 in response to the Malaysian Government’s invitation to help modernize the country’s retailing industry, AEON’s chain of stores strives to satisfy the ever-changing needs and desires of consumers. Guided by its “Customer First” philosophy, the company’s acute understanding of the target market needs, aided by optimal product-mix, AEON surpasses consumer expectations and enhances their experience every time they shop. All this is encapsulated in the tagline “AEON Enriching Your Lifestyle”.

AEON BIG (M) SDN BHD currently operates 22 Hypermarkets under the trade name of “AEON BIG” in Malaysia. It offers BIG CHOICES, with GREAT VALUES. AEON Co Ltd purchased the shares of Magnificient Diagraph Sdn Bhd, in Malaysia on 31 October 2012. Pursuant to the acquisition, there was a change of company name from Magnificient Diagraph Sdn Bhd to AEON BIG (M) SDN BHD. The Acquisition is part of the AEON Group plans to expand the business in South East Asia and further develop their Asean operations

Guided by its “Customer First” philosophy, the company’s acute understanding of the target market needs, aided by optimal product-mix, AEON surpasses consumer expectations and enhances their experience every time they shop. In the spirit of the name AEON, which means eternity in Latin, AEON’s goal is to work together endlessly with its customers, suppliers, business partners, shareholders and the community to create a future of limitless promises.

AEON also strongly supports environmental sustainability by championing various recycling, energy conservation and tree planting causes, by engaging and encouraging various parties, including staff, customers, NGOs, government agencies and the community at large to participate.

For more information, please contact 1-300-80-2366 or; visit the respective site:
Website: http://aeonretail.com.my
Facebook page: http://www.facebook.com/aeonretail.my
Instagram page: http://www.instagram.com/aeonretail.my

Almaiyah Abd Aziz
Manager
AEON CO. (M) BHD.
03-9207 6246